Selasa, 16 September 2014

TANJUNG PIAI PENGHUJUNG BENUA ASIA



Program Sahabat Media bersama Tourism Malaysia dan Santai Travel telah membawa saya ke Taman Negara Tanjung Piai, Johor Darul Takzim. 



Jika pernah membayangkan untuk tidur ditemani desiran ombak atau bangun menikmati keindahan alam semulajadi, Tanjung Piai merupakan sebuah tempat ajaib yang dikelilingi alam semulajadi yang terletak di hujung paling selatan di Asia.




Dua pelepah Paku Piai raya (acrostichum aureum) diukir di permukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau di sini. Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut. Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia , supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat.

Terletak 90km ke selatan bandaraya Johor Bahru, keajaiban alam semulajadi Tanjung Piai telah diwartakan sebagai Taman Negara. Ia mempunyai kawasan bakau yang cantik, penting untuk pertahanan mereka, juga merupakan kawasan penting untuk memastikan kelangsungan hidup pelbagai hidupan di paya bakau. Ia juga melindungi tanah dari pukulan ombak laut yang ganas.




Platform dibina di sepanjang taman untuk membenarkan pengunjung melihat pelbagai habitat yang disokong oleh paya bakau ini. Pastikan anda memakai kasut yang sesuai untuk ke sini.


Dari sini, kita dapat lihat bangunan pencakar langit Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor.



TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI
MUKIM SERKAT
82030 PONTIAN, JOHOR
TEL : 07 6969712 / 07 6969796
FAX : 07 6969786 / 07 6961029



Tiada ulasan:

Catat Ulasan