Salam dan ribuan terima kasih saya ucapkan pada pihak Tourism Malaysia dan pihak Santai Travel kerana kali ini telah membawa saya melawat dan melihat keunikkan rumah tradisional yang tersergam indah di Kampung Sungai Kuali yang melalui Mukim Kukup, Johor Darul Takzim.
Ketibaan saya dan Sahabat Media disambut mesra oleh Abd. Hadi Ambok Intang dan Hajah Indok atau nama sebenarnya Indok Chichuk Daing Hadadek.
Pandangan mata terpegun seketika sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke anjung rumah yang mirip seperti sebuah istana di zaman silam. Susunan perabot jati yang berusia ratusan tahun kelihatan begitu serasi dengan permukaan dinding kayu yang telah dikilatkan dengan rapi.
Di setiap penjuru, terpampang potret-potert tokoh Bugis yang menaikkan lagi aura klasik di rumah berkenaan. Selain kipas dan lampu yang tergantung, hiasan dalaman rumah itu langsung tidak dicemari peralatan moden seperti yang biasa dilihat di rumah orang Melayu pada masa sekarang.
Rumah Ser Salewangeng dibina sepenuhnya menggunakan kayu belian yang diimport dari Jambi dan Kalimantan, Indonesia. Pembinaan Ser Salewangeng yang mengikut reka bentuk asal rumah warisan keluarganya menelan kos berjumlah RM3 juta.
Dan berita baik untuk para pengunjung, rumah ini telah dijadikan sebagai homestay oleh pemiliknya.

Homestay ini beralamat di :
Hj ambok Ingtang Md Yasin & Hjh Indok Chichuk
No 27 Kampung Sungai Kuali,
82300 Kukup, Pontian Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan