Isnin, 15 September 2014

MEE SIPUT DI JOHOR DARUL TAKZIM








Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Ribuan terima kasih kepada Tourism Malaysia & Santai Travel diatas jemputan saya bersama trip Sahabat Media ke Johor Darul Takzim.

Lawatan ke Homestay Kampung Seripaya di Kulai, Johor telah memperkenalkan kami dengan produk IKS iaitu MEE SIPUT atau MEE SANGGUL. 

Kepada sesiapa yang tidak kenal, inilah MEE SIPUT........

Rasanya dapat nama ini dari rupanya yang macam siput atau sanggul makcik-makcik. Produk ini terkenal di daerah Muar dan Batu Pahat. Enak dimakan di waktu lapang atau waktu minum petang. Ia memang sedap dimakan bersama dengan sambal tumis ikan bilis. Pastinya santai menikmatinya bersama keluarga tersayang. Mee Siput ini juga sedap dimakan bersama kuah sup atau ia juga boleh dibuat mee goreng, mee rebus atau mee bandung bergantung pada selera dan kesukaan kita.



Di negeri Johor Darul Takzim, produk makanan ini amat terkenal, namun demikian jangan berasa pelik kiranya ada antara orang-orang Johor itu sendiri tidak mengenalinya. 




Atas daskar itu, Perusahaan Mee Siput ( Zai Foodstuff Enterprise ) telah mengambil inisiatif bagi memastikan produk ini tidak terus dilupakan.

ZAI FOODSTUFF ENTERPRISE
150 JALAN KENANGAN, KG SRI PAYA,
81030 KULAIJAYA,
NORFADZILAH BT. MOHD LATIF (DEE)
019 7370890 / 07 6523360
zaifoodstuff@gmail.com






Tiada ulasan:

Catat Ulasan