Ucapan salam dan jutaan terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia Putrajaya & Tourism Malaysia Johor tidak juga lupa kepada pihak Santai Travel kerana telah mengundang saya dan Sahabat Media ke Johor Darul Takzim.
Adakah anda tahu tetang keunikkan madu lebah dari Malaysia? Kalau nak tahu dengan lebih lanjut...jom kita ke Ladang Nictar Bee, Pontian, Johor.
Apabila saya dan Sahabat Media yang lain melawat Nictar Bee di Johor, Malaysia, saya begitu teruja untuk mengetahui kesinambungan di antara lebah madu dan nanas.Kami telah disambut dengan tangan yang terbuka oleh Encik Lim, yang merupakan tuan tanah untuk Ladang Nictar Bee, Johor.
Encik Lim

Saya dan Sahabat Media yang lain telah dijamu dengan potongan buah nanas bersama-sama dengan jus air nanas yang rasa manis asli. Kami diberitahu yang ia di panggil Jo-Sa, spesis diantara Nanas Johor dan Nanas Sabah.
Encik Lim yang juga pengusaha lebah madu percaya yang lebah juga boleh menghasilkan madu dari bunga pokok nanas Jo-Sa. Di sini lebah diternak di dalam ladang buah nanas. Ini kerana lebah akan memakan madu yang terdapat pada buah nanas. Secara semulajadinya, lebah dapat menghasilkan madu yang berkualiti tinggi.
Nictar juga ada menghasilkan produk kesihatan penjagaan diri dari madu lebah untuk kegunaan harian mahupun kesihatan badan. Di antara produk yang bole didapati di Nictar adalah seperti :
**Bgreen Raw Honey
**Bgreen Bee Pollen (Detox, Rejuvenation)
**Bgreen Royal Jelly (Boost Energy)
**Bgreen Brazillian Green Propolis (Anti Aging)
**Honey Apple Vinegar (Slimming)
Gambar di atas : Salah seorang pekerja Encik Lim menunjukkan demo menghasilkan benang dari daun nanas.
JL NATURAL RESOURCES SDN BHD
Outlet : 175, Jalan Rawa, Taman Perling,
81300 Johor Bahru, Johor
Farm : PTD 2103, Parit Sikom 82010 Pontian, Johor
Enquiry : enquiry@nictar.net
Website : www.nictar.net
Hotline : 012 7002235
Tiada ulasan:
Catat Ulasan