Selasa, 16 September 2014

MUZIUM NANAS...SEJARAH NANAS



Salam sejahtera dan terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia dan Santai Travel. Sekali kita bertemu, trip Sahabat Media VMY2014 ke Johor Darul Takzim dan kali ini kita semua akan melawat ke Muzium Nanas, Pontian Johor.


Bangunan dua tingkat ini menyimpan segalanya berkenaan sejarah, teknik dan kemajuan industri nanas di Malaysia. Muzium ini mempamerkan koleksi produk produk berasaskan nanas dan maklumat mengenai industri nanas di Malaysia. Sebanyak 18 jenis nanas yang ditanam didalam kawasan muzium ini termasuk jenis segar, jenis kaleng dan jenis hiasan. Antara jenis nanas yang anda boleh lihat disini ialah NANAS MORIS, NANAS N36, NANAS SARAWAK, NANAS MORIS GAJAH, NANAS GANDUL, NANAS YANKEE, NANAS JOSAPINE, NANAS M02 dan NANAS MASPINE.


Kami diberi penerangan tetang kegunaan buah nanas. Untuk pengetahuan semua selain buah nanas ini dijadikan makanan, di Filipina daun nanas dijadikan benang untuk dibuat baju. Baju pengantin ini yang dipanggil "BODO" dipakai oleh pengantin lelaki dan perempuan. Demonstrasi menghasilkan benang dari daun nanas juga ditunjukkan.



Agak sukar juga untuk menghasilkan benang dari daun nanas. Daun nanas yang hijau diambil dari pokok dan dikumpulakn. Kemudian sehelai demi sehelai daun itu akan dikepit dan dikikis menggunakan sejenis peralatan macam nak naik kuda. Setelah dikikis permukaannya kelihatan di dalam daun tersebut benang-benang halus. Benang-benang ini akan dijemur untuk mengeringkan.


Muzium Nanas Negeri Johor
Batu 32 Jalan Johor Pontian,
Johor Darul Ta'zim
Tel : 07-6868750 / 6871249
Fax : 07-6870607

Tiada ulasan:

Catat Ulasan