Selasa, 16 September 2014

PERCUTIAN GAYA KAMPUNG DI HOMESTAY KAMPUNG SRI PAYA, KULAIJAYA



Salam sejahtera...Program Sahabat Media bersama Tourism Malaysia dan Santai Travel kali ini telaah membawa saya ke Homestay Kampung Sri Paya di Kulaijaya, Johor Darul Takzim.



SUASANA desa yang tenang ditambah dengan keramahan dan kemesraan  saat menyambut ketibaan saya bersama rombongan Sahabat Media VMY2014, baru-baru ini bagaikan terasa pulang ke kampung halaman sendiri. Percutian Gaya Kampung di Homestay Kampung Sri Paya, Kulai Jaya, Johor. Kedamaian desa dengan kicauan burung yang merdu serta kehijauan alam semula jadi bagaikan satu terapi minda yang cukup menyenangkan.
Sebelum saya dan Sahabat Media yang lain memulakan aktiviti, kami telah diberi ucapan alu-alua dan taklimat dari Ketua Kampung mengenai Homestay Sri Paya.



Pelbagai aktiviti boleh dilakukan
Didaftarkan pada 2009 dengan menawarkan 29 rumah inap desa, Homestay Kampung Sri Paya adalah satu daripada 15 inap desa yang ada di Johor. Lebih menarik, penduduk di kampung ini juga adalah berbilang kaum iaitu Jawa, Melayu, Bugis dan Banjar. Justeru, pasti suasana dan cara hidup mereka adalah unik dan lain dari yang lain.

Penyelaras Homestay Kampung Seri Paya, Ahmad Mohamad berkata, keunikan homestay itu adalah kehidupan penduduknya yang berbilang kaum dan kedudukannya di pinggir bandar. Selain itu, katanya, dengan kepelbagaian latar belakang dan aktiviti harian penduduk, ia memberi peluang pengunjung menimba pengalaman yang sukar ditemui di tempat lain.
Nasi Ambeng
Satu lagi keunikan yang pastinya memberikan pengalaman menarik kepada pengunjung ialah merasai sendiri keenakan nasi ambeng iaitu hida­ngan paling popular di Homestay Kampung Sri Paya ini. Nasi ambeng adalah hida­ngan tradisional masyarakat Jawa yang biasanya disajikan apabila ada kenduri. Nasi yang dihidangkan di dalam talam dan dinikmati bersama antara empat hingga lima orang ini dikatakan dapat mengeratkan hubungan silaraturahim. 
Justeru, bagi yang masih mencari lokasi percutian desa yang menyediakan pelbagai keseronokan dan pengalaman cukup bermakna, Homestay Kampung Seri Paya adalah destinasi ideal untuk dikunjungi. 
Sebarang maklumat lanjut atau tempahan bagi yang mahu menginap atau mengadakan aktiviti di Homestay Kampung Seri Paya, hubungi Mohd Lazim di talian 0167163071 atau Penyelaras Homestay, Ahmad Mohamad di talian 0197007008. 
Alamat 
Homestay Kampung Sri Paya, 
Batu 26 Kelapa Sawit, 
81030 Kulaijaya, Johor


Tiada ulasan:

Catat Ulasan