Bertemu kita lagi di My Little Story.....Salam hormat dan salam terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Tourism Malaysia & pihak Santai Travel....kali ini saya akan membawa anda semua ke negeri Johor Darul Takzim...jom kita ke Ladang Nanas di Pontian, Johor.
Ramai penduduk Pontian juga terdiri dari para petani dan pekebun kecil. Kelapa sawit, nanas, getah dan kopi adalah diantara tanaman yang banyak terdapat di sini. Walaubagaimanapun nanas merupakan antara mercu tanda Pontian. Anda boleh jumpa replika nanas di bandar Pekan Nanas, Bandar Baru Pontian dan di simpang empat berhadapan dengan balai polis lama Pontian.
Sebelum kami memulakan penerokaan kami di Ladang Nanas ini...kami terlebih dahulu diberi taklimat mengenai ladang ini oleh pegawai-pegawai dari Pusat Penyelidikan, Pusat Pembangunan Nanas, Jana Plasma Nanas serta pelbagai lagi. Ladang ini adalah yang terbesar iaitu berkeluasan 300 ekar dimana 260 ekar untuk tanaman nanas manakala 40 ekar lagi adalah untuk tanaman kelapa sawit. 1/3 jenis nanas dari seluruh negeri telah dibawa ke sini untuk dikaji.
Selepas mendengar taklimat, kami telah dijemput untuk menjamu selera....almaklumlah makan tengahari...
Hidangan makan tengahari berasaskan dari buah nanas sampailah ke pencuci mulut pun dari buah nanas. Kesedapannya hingga menjilat jari.
Tempoh penanaman nanas ni kebiasaannya mengambil masa selama setahun empat bulan tetapi dengan penggunaan peransang pertumbuhan tempohnya di pendekkan kepada 10 bulan sahaja. Oleh itu lebih pengeluaran dalam masa yang singkat. Penggunaan peransang pertumbuhan juga membantu supaya nanas dapat membesar dengan sekata.
Sebiji nanas sebenarnya terbentuk daripada beratus-ratus biji nenas yang lain. Yang aku boleh kaitkan macam mata belalang, mata compound. Daripada satu pokok menghasilkan tiga jenis benih angin, tangkai dan tanah. Setiap kelopak ada tunas akar. Ada banyak cara untuk menanam nanas tetapi yang paling mudah adalah dengan menanam ‘jambulnya’.
Sebiji nanas sebenarnya terbentuk daripada beratus-ratus biji nenas yang lain. Yang aku boleh kaitkan macam mata belalang, mata compound. Daripada satu pokok menghasilkan tiga jenis benih angin, tangkai dan tanah. Setiap kelopak ada tunas akar. Ada banyak cara untuk menanam nanas tetapi yang paling mudah adalah dengan menanam ‘jambulnya’.
Kebanyakan nanas yang terdapat di pasaran adalah dari jenis Mooris, N36 dan Josa Pine. Sekarang promosi giat dijalankan untuk memperkenalkan jenis MD2 kerana ia lebih manis dan rangup. Memang betul pun, aku dah rasa. Kiranya kalau buat jamuan/kenduri harusssss habis nanas ni masuk ke dalam perut. Tetapi, seperti durian aku lebih suka makan nanas dalam bentuk asal. Kalau dah jadi acar ke...air ke... kurang minat. Spesis Selangor green pula dikatakan boleh membantu mengubati batu karang.
PERIHAL JOSAPINE
Asal usul
Pemilihan dibuat di Stesen Penyelidikan MARDI, Pontian daripada populasi hibrid F1 hasil daripada kacukan antara Nanas Johor (induk betina) dan Sarawak (debunga)
Ciri-ciri tampang
Pokok sangat subur, boleh dihormon pada umur 9 bulan.
Ciri-ciri pembungaan dan pembuahan
Tindak balas pembungaan dengan bahan mengaruh sangat baik (90-100%). Berbuah awal – dari aruhan bunga hingga peringkat putik bunga mengambil masa 30 hari.
Ciri-ciri buah
Kulit buah muda yang berwarna ungu gelap berubah menjadi merah jingga apabila masak.
Hibrid baru nanas Josapine yang dihasilkan oleh MARDI selepas penyelidikan selama satu dekad mempunyai mutu yang jauh lebih baik daripada varieti segar masa kini (Moris dan Sarawak). Hibrid ini istimewa kerana lebih rintang terhadap teras hitam. Oleh itu, hibrid baru ini lebih berpotensi untuk pasaran eksport melalui pengangkutan laut dengan menggunakan kontena berhawa dingin. Usaha-usaha untuk meningkatkan pengeluaran dan pembekalan bahan tanaman sedang giat dijalankan.
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Alor Bukit, 81500 Pekan Nanas
Pontian, Johor
07 6991307
Tiada ulasan:
Catat Ulasan