Jumaat, 19 September 2014

HOTEL DOUBLE TREE, JOHOR BAHRU




Terima kasih sekali lagi kepada Tourism Malaysia dan Santai Travel kerana telah memberi peluang kepada saya dan Sahabat Media yang lain kerana telah membawa kami menginap di Hotel Double Tree, Johor Bahru pada 14.08.2014.


Lokasinya yang terletak di tengah-tengah Johor Bahru, Double Tree, Hilton Hotel Johor Bahru adalah berhampiran dengan Pusat Konvesyen Persada, Kuil Cina Lama Johor Bahru dan Johor Bahru City Square. Juga terdapat berdekatan adalah Bangunan Sultan Ibrahim dan Istana Besar.



Double Tree, Hilton Hotel Johor Bahru mempunyai kolam luar, bilik wap dan kemudahan kecergasan 24 jam. Akses internet wayarles percuma boleh didapati di tempat awam dan stesen komputer terdapat di tapak.




Mempunyai 335 bilik tamu yang berhawa dingin


Menawarkan 10 versatile & moden function rooms



Hotel ini mempunyai 4 restoran

Double Tree by Hilton Johor Bahru,
01-02, Menara Landmark,
12 Jalan Ngee Heng, Johor Bahru, Johor.
Tel : 07 268 6868
Fax : 07 268 6888
Email : JHBDT_Hotel@hilton.m













HOTEL RENAISSANCE JOHOR BAHRU




Alhamdulillah sekali kita bertemu...ucapan terima kasih pada Tourism Malaysia dan Santai Travel kerana kali ini telah membawa saya menginap di hotel bertaraf lima bintang iaitu Hotel Renaissance, Johor Bahru, Johor.


Pada 13.08.2014 hari kedua saya dan Sahabat Media di Johor Bahru. Pada pukul 5.00 petang kami telah sampai di Hotel Renaissance, Johor Bahru dan kami telah disambut dengan mesra oleh pihak management hotel tersebut.

Hotel Renaissance yang terletak di Permas Jaya berdekatan dengan bandaraya Johor Bahru dan Pasir Gudang. Berdekatan dengan kawasan hiburan, business dan shopping complex.




Hotel ini mempunyai 345 bilik, yang dilengkapi televisyen LCD 42 inci, telefon, minibar, internet wifi (surcaj) dan kemudahan untuk membuat kopi atau teh. Semuanya disediakan untuk keselesaan pengunjung.



Kemudahan outdoor seperti swimming pool juga disediakan 


Pada pengunjung yang tidal bole tidur malam bolehlah ke fitness centre yang dibuka 24 jam

Club Level ini hanya untuk ahli member sahaja


Malam penyampaian penghargaan untuk pihak management hotel

Kemudahan yang lain adalah seperti 11 dewan serbaguna, 7 bilik meeting, executive boardroom, club lounge dan grand ballroom sebesar 2152 square meter yang boleh diduduki 650 orang untuk set up theatre dan 840 orang untuk set up banquet.


RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL
2 JALAN PERMAS 11
BANDAR BARU PERMAS JAYA
81750 MASAI JOHOR BAHRU
TEL : 073813333
FAX : 073813391
or visit jbrenaissance.com










Selasa, 16 September 2014

TANJUNG PIAI PENGHUJUNG BENUA ASIA



Program Sahabat Media bersama Tourism Malaysia dan Santai Travel telah membawa saya ke Taman Negara Tanjung Piai, Johor Darul Takzim. 



Jika pernah membayangkan untuk tidur ditemani desiran ombak atau bangun menikmati keindahan alam semulajadi, Tanjung Piai merupakan sebuah tempat ajaib yang dikelilingi alam semulajadi yang terletak di hujung paling selatan di Asia.




Dua pelepah Paku Piai raya (acrostichum aureum) diukir di permukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau di sini. Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut. Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia , supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat.

Terletak 90km ke selatan bandaraya Johor Bahru, keajaiban alam semulajadi Tanjung Piai telah diwartakan sebagai Taman Negara. Ia mempunyai kawasan bakau yang cantik, penting untuk pertahanan mereka, juga merupakan kawasan penting untuk memastikan kelangsungan hidup pelbagai hidupan di paya bakau. Ia juga melindungi tanah dari pukulan ombak laut yang ganas.




Platform dibina di sepanjang taman untuk membenarkan pengunjung melihat pelbagai habitat yang disokong oleh paya bakau ini. Pastikan anda memakai kasut yang sesuai untuk ke sini.


Dari sini, kita dapat lihat bangunan pencakar langit Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor.



TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI
MUKIM SERKAT
82030 PONTIAN, JOHOR
TEL : 07 6969712 / 07 6969796
FAX : 07 6969786 / 07 6961029



RUMAH BUGIS RM3 JUTA



Salam dan ribuan terima kasih saya ucapkan pada pihak Tourism Malaysia dan pihak Santai Travel kerana kali ini telah membawa saya melawat dan melihat keunikkan rumah tradisional yang tersergam indah di Kampung Sungai Kuali yang melalui Mukim Kukup, Johor Darul Takzim.



Ketibaan saya dan Sahabat Media disambut mesra oleh Abd. Hadi Ambok Intang dan Hajah Indok atau nama sebenarnya Indok Chichuk Daing Hadadek.



Pandangan mata terpegun seketika sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke anjung rumah yang mirip seperti sebuah istana di zaman silam. Susunan perabot jati yang berusia ratusan tahun kelihatan begitu serasi dengan permukaan dinding kayu yang telah dikilatkan dengan rapi.



Di setiap penjuru, terpampang potret-potert tokoh Bugis yang menaikkan lagi aura klasik di rumah berkenaan. Selain kipas dan lampu yang tergantung, hiasan dalaman rumah itu langsung tidak dicemari peralatan moden seperti yang biasa dilihat di rumah orang Melayu pada masa sekarang.

Rumah Ser Salewangeng dibina sepenuhnya menggunakan kayu belian yang diimport dari Jambi dan Kalimantan, Indonesia. Pembinaan Ser Salewangeng yang mengikut reka bentuk asal rumah warisan keluarganya menelan kos berjumlah RM3 juta.

Dan berita baik untuk para pengunjung, rumah ini telah dijadikan sebagai homestay oleh pemiliknya.

Homestay ini beralamat di :
Hj ambok Ingtang Md Yasin & Hjh Indok Chichuk
No 27 Kampung Sungai Kuali,
82300 Kukup, Pontian Johor.